24.8.12

It's done XD

Wohoo . Ehh lupa ,assalamualaikum manusia . Hahaha #annoyingnya . Herm ,first of all nak say alhamdulillah sebab dah berjaya siapkan blog yang dah lama berhabuk ni . Segala entry telah di delete ,background telah ditukar ,layout juga ditukar dan senang kata ,semuanya cun saja . Hahahaha . Ehh ,sebelum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ! kepada semua warga twitter ,facebook ,blog and semua umat manusia . Macam mana raya saya ? Awesome ke ? Ohh semestinya tak awesome sebab baju raya tahun ni tak siap . Hari rabu lepas baru siap and baru pakai semalam . Maknanya ,raya kelima saya adalah raya pertama . Haaa . Kau hadoo ? -..-


Masa raya pertama haritu kan ,malam tu fara tak tidur . awesome gila . Sebab tunggu akak balik kerja pukul 12 . Tau2 dia sampai rumah pukul 3 pagi . Kuasam punya akak . Fara dengan abang fara tunggu dia . Lepas dia sampai abang terus masuk bilik . Fara pun apa lagi ,masuk lah bilik . Ingatkan nak tidur ,tapi terfikir mama cakap pukul 4 dia nak bangun sebab nak masak . So ,fara pun tak tidur lah tunggu mama bangun . Sementara tu ,sempat lah jugak tengok satu movie . Hehehe . Mama bangun je ,dia suruh tolong dia masak .Okay takpe . Siap masak pukul 7 lebih . Terus masuk bilik air mandi sunat hari raya . Mandi awal2 ,kalau tak nanti berebut dengan akak dengan abang . Hahaha .


Lepas mandi pergi bilik iron and iron baju akak ,mama dengan baju sendiri lah . Hahaha . First day pakai baju biru dengan akak . Itu pun baju dia . Kite pinjam . Abang ,ayah dengan adik pakai baju tema . WARNA KELABU . Tahun ni sama tema dengan family Nazreen . Tapi sayang ,baju fara tak siap .Dia kecewa gila pagi tu . Then ,lepas dia sembahyang sunat hari raya dekat Tapah ,dia call rumah fara .Mama yang angkat . Dia call semata-mata nak ucap selamat hari raya . LOL . Sepak jugak laky aku ni nanti . Lepas dia call mama ,fara nak sedapkan hati dia .Fara pun call lah dia . Suara dia macam lepas nangis . Tapi fara tenangkan dia ,fara cakap fara tak pakai baju biru tu .Fara pakai baju kelabu yang lama . Hahaha . Bijak gila kan ? LOL :P Lepastu siap2 and beraya dengan mama ayah abang akak dekat rumah .Lepastu bawak DSLR ,videocam and tripod pergi rumah nenek dekat Kampung Delek and beraya rumah sedara dekat area situ . Pukul 12:30 dah balik sungai kandis sebab akak nak kerja . Hmm :/ Malam tu pulak pergi rumah atok sedara and nenek sedara dekat sungai kandis ni . You know what ? Fara pakai jubah akak . Hahaha . Semua baju pinjam kan ?

Pagi raya pertama saya :D BIRU
Malam raya pertama saya :D BIRU


Hari raya kedua ,fara pakai baju putih polkadot . Okay comel #Kperasan.JPG .Hahaha . Fara text dia masa tengah iron baju tu and tanya : B pakai baju warna apa harini ?: and dia jawab ,dia pakai baju putih . Okay jerit dalam hati #SAMEEE !!! Then siap2 pergi Puchong and Subang sebab nak beraya rumah sedara ayah . Sampai sana terserempak dengan nenek and makcik2 fara . Diorang nak balik dah masa tu . Hoohoho . Balik dari puchong ,terus pergi Kota Kemuning . What for ? Hantar akak pergi kerja dekat giant . Tapi sebelum tu sempat pau mama makan kepci dekat situ .Mula2 nak makan mekdi ,tapi ayah salah masuk jalan . Okay kite terima dengan hati tertutup . Hahaha . Lepas hantar akak ,terus balik rumah .

Raya kedua saya :D PUTIH

Raya ketiga ,fara duduk rumah je sebab ramai sangat tetamu .Ingat pagi tu ayah nak ajak pergi sarapan lepastu pergi beraya .But ,tiba-tiba adik ayah call nak datang rumah .Okay ,terus pergi dapur masak air . Lepas adik ayah balik ,petang tu pulak adik beradik mama yang dekat Melaka and dekat Kuala Selangor tu datang .Buat air lagi .Tapi sebelum pakcik2 and makcik2 and cousin2 fara datang ,abang pun sampai dari rumah nenek . So now ,fara ada orang gaji suruh buat kopi .Hahaha #EvilLaugh .Then pakcik fara pun sampai . Diorang balik before maghrib and pergi Rantau Panjang rumah makcik fara pulak .Lepastu nenek yang dekat meru pulak datang .Lepastu nenek fara yang dekat Kg.Delek tu pulak .Raya Ketiga memang kerja fara buat air je . LOLOLO XD


Raya keempat tu pulak ,malam nya balik kampung soeharto . Semalam baru balik sini balik . Seriously penat gila tahap gaban raya tahun ni . And semalam ,dapat jugak fara ,kakak and mama pakai baju baru . Mama lah ni lambat sangat buat bajunya . Asyik buat baju orang je sampai baju sendiri lupa nak buat . Hahaha . Buat lawak je lah mama ni . Malam tadi sampai rumah je terus buka laptop . Tapi internet nya tak pasang lah . Bangang jugak fara ni kan ? Haha . Harini ,budak2 pulak datang beraya .Jadi orang tak bergaji lah fara seminggu ni buat air untuk tetamu . Esok nenek yang dekat soeharto nak datang sini . Lahaiii . Dah lah esok dah mula tuition . Sedih gila lah kan . Member pulak esok pagi ajak beraya . Memang tak lah .Laki kesayangan fara pulak ajak fara pergi jusco tengok wayang . Sorry baby ,tak boleh nak pergi lah .Esok baby datang rumah beby kay ? muahh :*

Raya keempat bersamaan raya pertama saya .
Baju tema : Kelabu XD
Hahhhhhh .Tu dia raya saya .Gembira ada ,sedih ada semuaa pun ada . Tak apa lah . Yang penting masih berpeluang nak beraya pada tahun ni . Btw ,tahun ni tahun pertama raya dengan dia . Wohoo . 4 Ogos lepas anniversary kitorang . Tak sambut sangat pun . Just pergi buka puasa je dengan dia . Hahhh . Tu dia ,tunggu gambar lah ni . Nahhh gambar tak best raya :D



With siblings yang gila-gila :D


kakak and abang XD


Me and abang yang gila XD

Me ? LOL XD
With kakak and adik :P

With kakak and nenek XD


akhir kata . Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri again :D

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@SEGALA YANG ADA DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK KEKAL FARAHAMIRA AZMAN